Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri sesi Anti-Corruption Collective Action Roundtable (AC-CA Malaysia) anjuran UN Global Compact Network Malaysia & Brunei pada 20 Mac 2023.

Tujuan sesi ini adalah untuk menyediakan platform perbincangan mengenai isu-isu serta mengenal pasti cara untuk meningkatkan keberkesanan usaha membanteras rasuah.

Wakil IIM yang hadir iaitu En.Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti (SPI) dan Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan (SDP) turut berkongsi tentang usaha-usaha yang dilaksanakan oleh IIM dalam membantu sektor awam dan swasta menangani isu ini. Antaranya ialah melalui pembangunan Sistem Pengurusan Anti-rasuah(Anti-Bribery Management System-ABMS) dan Pelan Anti-rasuah Organisasi (Organizational Anti-Corruption Plan-OACP).

IIM juga turut memaklumkan tentang pelaksanaan Modul Kursus Komprehensif (Corporate Integrity System Malaysia -CISM) dan Modul Tatacara Mencukupi Sekysen 17A Akta SPRM yang dibangunkan bersama-sama dengan agensi-agensi lain seperti Transparency International (TI-M) dan SPRM. Pelaksanaan modul-modul ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak organisasi korporat termasuk kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk melaksanakan inisiatif pencegahan rasuah.

Turut hadir ke sesi perbincangan meja bulat ini adalah pegawai-pegawai kanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sarawak Energy Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Kenanga Investment Bank Berhad, Top Glove dan sebagainya.