YBhg. Datuk KPE telah memenuhi jemputan sebagai Ahli Panel untuk Seminar Yayasan Tuanku Fauziah bertajuk “Wanita Dalam Pembangunan Negara” bertempat di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2022.
Yayasan Tuanku Fauziah merupakan sebuah pertubuhan di bawah naungan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis.
Datuk Wan Suraya telah mengupas secara terperinci berkaitan peranan wanita di dalam usaha penerapan dan pemantapan integriti. Ia mencakupi peranan wanita dalam pemantapan integriti diri dan keluarga serta organisasi. Beliau turut membentangkan beberapa dapatan terkini mengenai penglibatan wanita dalam ekonomi dan juga peranan wanita dalam mengurangkan kadar rasuah dalam negara.
Forum ini turut dianggotai oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah mengupas tentang peranan dan tanggungjawab wanita dalam pembentukan keluarga dari aspek pendidikan dan islam.
Majlis telah dihadiri seramai lebih 50 orang peserta dari kalangan warga kerja DBP dan juga jemputan luar. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.





