Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput sebagai penceramah bagi Seminar Tempat Kerja Sihat dan Selamat: MS ISO 45001 pada 22 Disember 2022.

Ceramah ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pemerkasaan integriti, amalan etika kerja dan tadbir urus yang baik dalam kalangan pengamal kesihatan pekerjaan dalam usaha memastikan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH MS) dalam organisasi cekap dan berkesan.

Seminar yang diadakan di Dewan Theater, Bangunan Utama Ibu Pejabat NIOSH ini telah dirasmikan oleh YBrs. En.Bahrudin bin Mamat, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor. Turut hadir YBrs. Dr. Sharudin Shari, Lembaga Pengarah NIOSH Certification Sdn.Bhd.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Maisyarah binti Mansoruddin yang bertajuk “Integriti di dalam Perlaksanaan Sistem Pengurusan KKP”.