Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pematuhan Seksyen 17A Akta 694 (Ministerial Guidelines)’ dalam Seminar Kesedaran Kesalahan oleh Organisasi Komersial – Seksyen 17A Akta SPRM 2009 anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada 6 September 2022.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Konsultan IIM, Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.
Seminar ini telah dihadiri seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Institusi Pengajian Tinggi Awam, dan pegawai-pegawai dari pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan.

