Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk membuka pameran di Seminar Kelestarian Integriti 2022 anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada 12 Oktober 2022.
Antara maklumat produk dan perkhidmatan IIM yang dipamerkan ialah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), Anti-Bribery Management Systems (ABMS), Modul Integriti Penguatkuasa (MIP), Individual Integrity Profile (IIP) dan Do the Right Thing (DTRT).
Pameran yang diadakan di lobi utama RISDA ini turut dikunjungi oleh Dato’ Sri Akhbar Satar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah IIM serta Encik Zulhairie Abu Bakar; Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.


