Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan untuk menyampaikan Seminar Bicara Integriti anjuran Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) bertajuk “Integriti Cerminan Kualiti Peribadi” pada 23 Februari 2023.

Seminar ini bertujuan untuk memantap dan mengukuhkan budaya integriti serta etika warga kerja HUMS berdasarkan penerapan elemen nilai-nilai murni.

Seminar yang berlangsung di Dewan Auditorium Mat Saleh, Perpustakaan UMS ini telah dihadiri seramai 36 warga HUMS. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan dan Operasi), HUMS, Encik Samsuidin Bin Nurdin.

Seminar telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.