1880_958926700871437_7472221170407519247_nTahun 2015 tinggal menghitung jam dari sekarang. Namun demikian, masih banyak yang dapat dikerjakan dan direnungkan menjelang detik-detik pergantian tahun. Saya pasti kita semua telah mengisi khazanah tahun 2015 dengan penuh makna.

Sebelum memasuki gerbang 2016, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih setulus hati kepada semua warga kerja INTEGRITI, rakan INTEGRITI serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha bersama kita memartabatkan integriti sepanjang tahun 2015 yang lalu. Pengalaman, pengajaran serta panduan yang kita peroleh pada tahun 2015 ini akan menjadi pedoman berharga untuk kita meneroka tahun 2016 nanti.

Saya yakin tahun 2016 akan menjanjikan pelbagai kisah baru yang mampu mencorakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.

Terima kasih dan Selamat Tahun Baharu 2016.

Dr. Anis Yusal Yusoff
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Integriti Malaysia