Hari ini genap 18 tahun usia Institut Integriti Malaysia (IIM).

Bermula sebagai organisasi yang bertanggungjawab mengkoordinasi, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN), kini IIM beralih peranan sebagai badan operasi bagi pembangunan kompetensi dan kapasiti sektor awam dan korporat dalam hal berkaitan governans, integriti dan antirasuah di bawah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah (GIACC).

Meskipun wujud peralihan hala tuju IIM berdasarkan perubahan tampuk pimpinan negara dan blueprint yang dibangunkan oleh kerajaan, IIM akan terus berdiri teguh di samping rakyat Malaysia menerusi rangkaian kerjasama pintar dan penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan.

Semoga IIM terus cemerlang dan relevan dalam mendepani cabaran governans, integriti dan antirasuah masa depan.

*Pelan Integriti Nasional (PIN) – 2004 hingga 2019
*Pelan Antirasuah Nasional (NACP) – 2019 hingga 2023

#integritidihati