{:my}Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Penulis Putrajaya (PEWIRA) memberikan sentuhan berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari pentas teater berjudul “Sekangkang Kera” pada 28hb mac yang lalu.

Mengekalkan konsep yang sama, Integrity Art Night kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur agar masyarakat dapat menonton dan membuat penilaian terhadap nashkah yang dipaparkan.

Teater “Sekangkang Kera” yang di pentaskan merupakan sebuah teater komedi satira karya dan arahan Subroto Katimin menghidangkan kepada para penonton paparan kehidupan sebenar masyarakat yang sering berbalah mengenai hak. Sekangkang Kera merujuk kepada sebidang tanah yang menjadi perebutan antara dua pihak. Sepanjang pementasan tersebut, banyak mesej-mesej integriti yang dilontarkan dan seterusnya menghasilkan dimensi pemikiran yang kritis kepada para penonton untuk melakukan penilaian.

Selain itu, tetamu yang hadir juga bukan sahaja dihidangkan dengan pementasan teater , tetapi turut berpeluang menyertai sesi diskusi ringkas bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahman Shaari yang merupakan pensyarah di Akademi Seni dan Warisan (ASWARA). Beliau juga bertindak sebagai salah seorang pelakon utama dalam pementasan tersebut. Dalam sesi diskusi yang bertajuk “ Teater Refleksi Integriti” tersebut, banyak elemen-elemen nilai dan integriti telah dikupas oleh beliau. Di samping itu, sesi tersebut turut membincangkan peranan teater dalam mendidik dan menyebarluaskan mesej integriti kepada masyarakat.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, selain mempromosikan integriti secara konvensional, adalah penting bagi INTEGRITI untuk sesekali memancing tumpuan masyarakat dengan memberikan sedikit kelainan dalam pendekatan yang digunakan. Ini kerana teater bukan sahaja medium yang rapat dengan masyarakat, tetapi juga mampu memberikan impak yang luar biasa.

Justeru, penganjuran program ini yang dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat dilihat sebagai langkah terbaik INTEGRITI untuk menjalinkan kerjasama berpanjangan dengan para aktivis seni tanah air khususnya penggiat dan aktivis teater bagi menyebarluaskan mesej integriti melalui seni, budaya dan warisan.

17426145_10155033636023930_5394250317695941833_n 17498468_10155033637238930_5921942343459345310_n 17498754_10155033629178930_6764961535808130076_n 17499072_10155033635503930_3898002130438826344_n 17553530_10155033635303930_8751987847869743738_n 17553604_10155033635698930_6574070288444879284_n 17553977_10155033635313930_2934247722388021367_n 17554273_10155033635833930_9052420259157427551_n 17626133_10155033635638930_2229992963226353346_n 17626350_10155033631303930_2117702161311974675_n{:}{:en}The Malaysian Institute of Integrity (Integriti) in collaboration with Persatuan Penulis Putrajaya (PEWIRA) gave a different twist in bringing people together for a superb theatre performance with various underlying integrity messages on Mac, 28th right in the INTEGRITI Auditorium.

The theatre is political satire written by Subroto Katimin focusing on rights and honesty. Sekangkang Kera refers to a piece of land and the whole plot is about finding out who is the rightful owner of the land.

Maintaining the same concept, Integrity Art Night highlight two in one concept which is to educate while entertaining for the audience to not only enjoy the performance but to also think about the messages brought by it.

17426145_10155033636023930_5394250317695941833_n 17498468_10155033637238930_5921942343459345310_n 17498754_10155033629178930_6764961535808130076_n 17499072_10155033635503930_3898002130438826344_n 17553530_10155033635303930_8751987847869743738_n 17553604_10155033635698930_6574070288444879284_n 17553977_10155033635313930_2934247722388021367_n 17554273_10155033635833930_9052420259157427551_n 17626133_10155033635638930_2229992963226353346_n 17626350_10155033631303930_2117702161311974675_n{:}