Satu perbincangan telah diadakan berkaitan pelaksanaan Modul Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 19 Disember 2022 bertempat di Dewan Murni, IIM.
Perbincangan diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai kerangka pengisian bagi Modul Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI). Di samping itu, ia juga merupakan platform suai kenal antara pegawai/tenaga pengajar IIM dan pensyarah dari UKM. Sesi pembelajaran Modul SPKI bagi Kohort pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2023.
Sesi perjumpaan ini telah dipengerusikan En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan IIM manakala pihak UKM telah diketuai oleh Prof Madya Dr. Muhammad Hakimi Muhammad Shafiai, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pengurusan, UKM.



