Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan untuk membuka booth pameran bersempena dengan Sambutan Hari Integriti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2022 bertempat di Bangunan N24, UTM pada 20 Disember 2022.
Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep integriti. Turut dipamerkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM yang memfokuskan kepada integriti dan tata kelola.
Pegawai IIM yang terlibat ialah Encik Mohammad Khairul Azwan Mohd Ropal dan Encik Muhamad Khairul Aman Baharum.


