Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput untuk membuka ruang pameran sempena Sambutan Hari Integriti Negeri Kelantan Tahun 2022 bertempat di Kompleks Kota Darulnaim, Kelantan pada 15 Disember 2022.
Pameran ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang konsep integriti serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM yang memfokuskan kepada integriti dan tatakelola.
Pegawai IIM yang terlibat dalam sesi pameran ini ialah Encik Mohammad Khairul Azwan Mohd Ropal dan Encik Muhamad Khairul Aman Baharum dari Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat.

