Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Tahun 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022.

Penganjuran program yang bertemakan ‘Organisasi Kita, Tanggungjawab Kita’ adalah bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2022.

Pihak IIM juga telah membuka booth pameran bagi memperkenalkan produk-produk yang ditawarkan kepada warga LPP dan tetamu yang hadir sekaligus memberi pendedahan kepada mereka berkenaan peranan IIM.