Institut Integriti Malaysia (IIM) telah turut serta dalam program Sambutan Hari Integriti di Kementerian Pengajian Tinggi 2022 bertempat di Dewan Za’Ba Putrajaya pada 1 Disember 2022.

IIM telah membuka booth pameran bagi memperkenalkan produk-produk yang ditawarkan kepada warga KPT dan tetamu yang hadir sekaligus memberi pendedahan kepada mereka berkenaan dengan peranan IIM.