Bersempena lawatan kerja YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif IIM ke Miri Sarawak pada 11 November 2022 bagi Sambutan Bulan Integriti Majlis Bandaraya Miri, satu perjumpaan dan perbincangan ringkas telah diadakan bersama pihak Lembaga Pelabuhan Miri yang diwakili oleh En. Douglas Fook.
Lembaga Pelabuhan Miri menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat rundingcara daripada IIM dalam membangunkan ABMS. IIM juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lembaga Pelabuhan Miri kerana berjaya menyertai Anugerah Integriti, Governans dan AntiRasuah (AIGA) 2022.
Pada hari yang sama, IIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Miri, YB Adam Yi Siew Sang dan pihak pengurusan Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Perbincangan menjurus kepada kerjasama strategik antara IIM dan MBM bagi membudayakan Integriti dan Governans terutamanya dalam pelaksanaan ABMS dan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB). Kerjasama strategik ini juga akan melibatkan pembangunan program latihan dan pensijilan khusus kepada kakitangan MBM.
Perbincangan telah dihadiri oleh Pemangku Setiausaha MBM, En. Abdul Rahman Taupek, Pn. Siti Suhana Rosli, Ketua Unit Integriti MBM, En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM dan En. Izal Arif Zahrudin dari Pejabat KPE IIM.



