Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang berazam untuk mencapai
perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran Malaysia. Rukun Negara
diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Ideologi negara ini mengandungi nilai-nilai
murni sejagat yang merangkumi aspek keagamaan, taat setia kepada raja dan
negara, menghormati Perlembagaan dan Perundangan, serta bersopan santun dan
bertata susila. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan tindakan berteraskan
Rukun Negara secara adil dan konsisten dapat membentuk satu bangsa Malaysia
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Keseimbangan ini merupakan kunci kepada pembentukan warga Malaysia yang berintegriti. Justeru,
perlu mengenal pasti titik pertemuan antara penganut pelbagai agama supaya
Rukun Negara dapat diperincikan dari sudut kepercayaan agama dan budaya masingmasing
dalam usaha mencapai objektif program ini .

Objektif dan matlamat pembentukan Rukun Negara:
• Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
• Untuk memelihara cara hidup demokratik.
• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat.
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang kaya dan berbagai-bagai corak.
• Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan
sains dan teknologi moden.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
berikut:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pembentukan Rukun Negara dari sudut agama dan budaya ke arah membentuk bangsa Malaysia yang berintegriti dan mengenal pasti pendekatan dan strategi yang sesuai bagi memperkukuhkan perpaduan, persefahaman serta integriti penganut pelbagai agama berasaskan Rukun Negara dari sudut agama.

Perbincangan Meja Bulat ini menyaksikan YBhg. Dr. Chandra Muzaffar sebagai Pembicara Utama
dan  Encik Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) serta  Dr. Wendy Yee Mei Tien, Pensyarah Kanan Centre For The Initiation of Talent and
Industrial Training, Universiti Malaya sebagai pembincang dan Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI sebagai moderator.

DSC_6875 DSC_6876 DSC_6877 DSC_6915 DSC_6926 DSC_6930 DSC_6935 DSC_6944