[:my]Seminar Kebangsaan yang bertajuk “Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti Dan Perpaduan Nasional” pada 26 Julai 2018 di Auditorium INTEGRITI dihadiri oleh 350 orang peserta mewakili pegawai kerajaan dan pelbagai sektor masyarakat dari seluruh negara telah berbincang dan mengemukakan resolusi-resolusi berikut :

  1. Mempertingkatkan komitmen media untuk mengangkat nilai-nilai perpaduan selaras dengan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan
  2. Memartabatkan Bahasa Melayu dan budaya setiap etnik sebagai teras perpaduan dalam membina Bangsa Malaysia
  3. Mewujudkan silibus pendidikan standard yang mengandungi nilai-nilai teras untuk perpaduan nasional
  4. Menerapkan nilai perpaduan secara berterusan bermula dari pra sekolah sehingga universiti.
  5.  Mengalakkan pakaian perpaduan silang budaya bagi perayaan-perayaan atau program-program nasional
  6. Mempertingkat penganjuran progam-program nasional dan dialog antara agama
  7. Menganjurkan program kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan dan interaksi kejiranan melalui Rukun Tetangga dan menggalakkan sikap sukarela pelbagai etnik
  8. Menggunakan teknologi maklumat secara berhemah untuk menyebarluas nilai-nilai perpaduan
  9. Menyemak semula dasar-dasar sosial sedia ada dalam hasrat membentuk perpaduan yang erat dan harmonis.
  10. Mendidik masyarakat di semua peringkat (termasuk ahli politik) mengenai sensitiviti agama.

 

26 Julai 2018

Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur

[:]