Sesi rakaman YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM di studio penyiaran JAKIM, Putrajaya pada 10 Mac 2023. Rakaman ini bersempena penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam yang akan diadakan pada 16 Mac 2023 (Khamis) minggu hadapan.
Tajuk Forum Perdana Ehwal Islam yang diangkat pada tahun ini adalah “Integriti Mengislah Ummah”. Tajuk ini akan membicarakan tentang penghayatan nilai integriti menurut perspektif Islam.
Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI) anjuran IIM dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

