Proses penilaian Anugerah Integriti Governans dan Antirasuah (AIGA) yang telah dilancarkan pada … telahpun bermula pada 25 Julai 2022 dan dijangka selesai pada 29 Sept 2022.
Ianya melibatkan penyertaan sebanyak 116 agensi-agensi awam dan swasta termasuk NGO daripada pelbagai industri dan sektor.
AIGA 2022 peringkat kebangsaan ini yang julung-julung kali diadakan merupakan satu-satunya anugerah kepada agensi-agensi awam dan swasta Malaysia bagi mengiktiraf usaha dan komitmen mereka dalam pembudayaan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif anti-rasuah.
Penilaian AIGA melibatkan aspek penilaian dari segi pembuktian dokumentasi dan implementasi di agensi-agensi yang dinilai menggunapakai rujukan kepada standard ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System, ISO 37000:2021 Governance of Organization, Malaysia Code of Corporate Governance (MCCG), Garis Panduan Tatacara Mencukupi dan Enterprise Risk Management.



