*PROGRAM SEMINAR ONLINE – PENINGKATAN INTEGRITI AKTIVIS MASYARAKAT MUSIM COVID-19 – ANJURAN MALAYSIA CORRUPTION WATCH (MCW) DENGAN KERJASAMA INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM).*

*RINGKASAN KURSUS:*
Para peserta akan mempelajari segala ilmu dan informasi berkaitan integriti yang diamalkan di Malaysia melalui pendekatan dan kepakaran INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) dan strategi perjuangan berkenaan integriti yang diterapkan oleh Malaysia Corruption Watch – MCW sebagai sebuah NGO Antirasuah yang paling aktif di Malaysia.

*SIAPA YANG PATUT HADIR*
Kursus ini ditawarkan kepada ahli MCW dan anggota masyarakat yang berminat dengan perjuangan Antirasuah dan INTEGRITI mendapat maklumat yang mencukupi untuk menjadi seorang ‘KEY COMMUNICATOR’ ATAU PENCERAMAH dan menguasai pelbagai kemahiran asas untuk memaksimumkan potensi diri melalui gaya pembelajaran online pada musim COVID-19.

*APA YANG PESERTA AKAN DAPAT*
Para peserta akan dapat memantapkan pengetahuan berkenaan peranan IIM dan MCW (sebagai contoh NGO) yang bersama dalam memastikan komitmen kerajaan bagi meningkatkan integriti individu dan anggota masyarakat tercapai secara amnya. Di samping itu, para peserta akan mendapat buku nota ‘Course Manual’ dalam bentuk PDF dan Sijil Pencapaian yang akan ditandatangani oleh pihak IIM dan MCW.

*SILA JOIN GRUP WHATSAPP BERIKUT UNTUK MAKLUMAN LANJUT:*

https://chat.whatsapp.com/HtnFVWzhi5rE6sM9jf09NS