Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyertai Program Transformasi Minda anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 9 Ogos 2022.

Ceramah IIM bertajuk “Integriti dan Etika Penjawat Awam” telah dihadiri seramai 48 peserta bertempat di Dewan Peperiksaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Libat Urus IIM.