Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah dalam Program Sesi Dialog Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Bersama Anggota Bahagian Perkhidmatan Farmasi bertajuk “Pemerkasaan Integriti Memacu Budaya Kerja Cemerlang” anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2 Februari 2023.
Sesi ini disampaikan oleh Puan Zarina Mohamad Amin, Konsultan Kanan dari Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM dan telah dihadiri seramai 50 orang pegawai dalam kalangan kakitangan profesional dan sokongan.
