Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan program kesedaran mengenai Program Rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) bersama penduduk di Daerah Limbang pada 25 September 2022.

Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang program CIB yang kini sedang dilaksanakan sejak 18 Ogos 2022 sehingga 18 November 2022.

Taklimat juga melibatkan penyertaan En Roni Ah Hin daripada Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) dan En Muhammad Syamil Bin Jumain daripada Majlis Daerah Limbang.

Tiga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terlibat dengan Program ini di Limbang adalah KRT Pekan Limbang, KRT Seri Pebahanan dan KRT Patiambun.

Penyerahan Papan Tanda Program CIB telah disempurnakan oleh wakil IIM, En Meor Shahram Faiz Bin Mieor Shariman dan En Muhammad Syamil Bin Jumain (Wakil Setiausaha Majlis Tuan Petrick Linggie Anak Taboh) yang disaksikan oleh En Roni Ah Hin.

Papan Tanda CIB ini akan dipacak berhampiran Pejabat KRT Pekan Limbang sebagai simbolik pelancaran program CIB di Daerah Limbang. Penyerahan Kain Rentang atau Banner serta risalah Program CIB untuk penduduk setempat juga telah dilakukan bagi hebahan kempen kesedaran Program CIB.