Program Rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB) Peringkat Residensi Sibu telah pun dilancarkan baru-baru ini dengan sesi taklimat dan rangka gerak kerja bersama antara pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Premier Sarawak pada 26-28 Julai 2022 di Sibu, Sarawak.
Sesi taklimat tersebut diadakan sempena Program Jelajah Integriti Kerajaan Negeri Sarawak dan ianya bertujuan untuk memberi ruang bagi pihak IIM dan UNION untuk membincangkan mengenai pelaksanaan dan pelaporan dashboard program CIB dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Seramai 500 orang peserta terdiri daripada Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bersama Ahli daripada 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahagian Sibu dan Sarikei telah menghadiri sesi taklimat tersebut.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri UNION, bersama YBrs Tn Hj. Adana Hj. Jed, Pengarah UNION dan disertai oleh En. Wong Hee Sieng, Residen Bahagian Sibu.
Pihak IIM telah diwakili oleh YBrs. Tn. Hj. Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan IIM selaku Ketua Projek CIB.
Turut serta, Tuan Clarence Ting Ing Horh, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Tuan Yong Ing Chu, Pemangku Setiausaha Perbandaran, dan Puan Rokiah Sahat, Pengarah Audit Negeri.
Program Rintis CIB 2.0 telah dilancarkan pada 3 Julai 2022 di Lawas, Sarawak oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak dan akan meliputi empat Residensi iaitu Kuching Utara, Sibu, Limbang dan Mato Daro.






