Bagi menilai keberkesanan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) yang bakal dilancarkan pada pertengahan tahun 2022, IIM telah menjalankan program rintis modul ini kepada Pegawai-pegawai penguat kuasa dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 26 April 2022.

Program Rintis ini telah diadakan di Dewan Murni, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kehadiran 27 orang pegawai-pegawai penguatkuasa SWCorp dari seluruh negara.

Objektif utama program rintis ini diadakan adalah untuk menilai keberkesanan MIP yang telah di inovasikan semula berdasarkan Modul Integriti Agensi Penguatkuasaan yang pernah dilancarkan oleh IIM pada tahun 2016

Program Rintis MIP ini telah disampaikan oleh En. Harisham Ibrahim, Ketua Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk (SPPP).

Melalui program rintis ini para peserta telah didedahkan kepada 3 Sub-modul yang mereka lalui iaitu;
i). Integriti Cerminan Diri dan Organisasi;
ii). Membetulkan Yang Biasa, Membiasakan Yang Betul; dan
iii). Menginstitusikan Integriti.