Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bagi program Pengukuhan Integriti dalam sesi “Do The Right Thing” anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 26 Oktober 2022.

Program yang diadakan di Institut Peladang Langkawi ini telah dihadiri seramai 33 peserta melibatkan kumpulan pelaksana LADA. Sesi ceramah merangkumi 3 siri iaitu siri pertama yang bertajuk ‘Membudayakan Integriti Dalam Tugas’, siri kedua pula bertajuk ‘Etika : Pencerminan dan Dilema’ dan diakhiri dengan ceramah siri ketiga bertajuk ‘Mewujudkan Organisasi yang Berintegriti’.

Ceramah yang disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz ini bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan integriti dan etika kerja dalam organisasi. Sesi ini menekankan penerapan nilai-nilai murni dan elemen “Do The Right Thing” kepada setiap peserta.