Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu Langkawi Development Authority (LADA) menjayakan Program Pengukuhan Integriti Dalam Pengurusan Risiko (Rules of Law) pada 24 Mei 2022.

Seramai 35 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai LADA serta wakil dari beberapa anak syarikat di bawah LADA telah menyertai program ini yang telah dilaksanakan di Langkawi.

Antara pengisian program termasuk sesi taklimat dan ceramah oleh konsultan-konsultan IIM bertajuk “Penyelewengan, Salah Guna Kuasa & Rasuah Dalam Pekerjaan” yang telah disampaikan oleh En. Suhaimi Mohd Noh dan “Memahami Perundangan Liabiliti Korporat & Pelaksanaan Tatacara Mencukupi sebagai Mekanisma Pengurusan Integriti Organisasi” yang disampaikan oleh En. Fazly Noordin.