Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai mengadakan sesi Bengkel Training of Trainer (ToT) bagi Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) di Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada 9 Ogos 2022. Bengkel ini telah melibatkan pegawai- pegawai awam yang dilantik oleh MPS, penduduk tiga lokasi di Sibu dan sembilan (9) kontraktor terpilih di bawah MPS.

Sesi ini telah dirasmikan oleh Pemangku Setiausaha MPS, YBrs. Tuan Yong Ing Chu dan wakil Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS), Encik Roni Ah Hin.

Bengkel ToT ini telah dikendalikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM iaitu Tn Hj Hamilye Sham Harun dan dibantu oleh konsultan IIM, En Meor Shahram Faiz.