Program memasak bubur lambuk sempena Ihya’ Ramadan 1443H anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Institut Integriti Malaysia (KESKIM) telah diadakan pada 22 April 2022.
Program ini melibatkan gotong royong semua warga kerja IIM. Selain untuk edaran dalaman, bubur lambuk ini juga telah dibekalkan kepada Masjid ISTAC, Hospital PUSRAWI dan juga Ahli Mesyuarat RTD CISM yang bersidang pada hari yang sama.
Turut hadir program pada hari ini adalah YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IIM.





