Ceramah bertajuk “Integriti Teras Kecemerlangan Peribadi” bersempena Program Liqaa Jama’ei Bil 04/2022 anjuran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah diadakan pada 23 Disember 2022 bertempat di Dewan UCMI, Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur.

Sesi ini telah dihadiri seramai 200 orang kakitangan UCMI. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor UCMI, Profesor Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.