Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program Latihan Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA) secara dalam talian pada 22-23 Jun 2022. Peserta kursus terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai pelaksanaan penilaian risiko rasuah dan pelan tindakan. Para peserta juga diberi tugasan untuk memastikan pemahaman mereka dalam konteks penilaian risiko dalam pencegahan rasuah dan mengetahui cara untuk membangunkan satu pendaftaran risiko rasuah bagi organisasi.
