Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan program kolaborasi Minggu Integriti Kompleks Setia Perdana (MIKSP) 2023 bertempat di Kompleks Setia Perdana, Putajaya.
Majlis Pelancaran MIKSP 2023 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan). Manakala IIM telah diwakili oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun selama empat (4) hari bermula 23 Oktober 2023 sehingga 26 Oktober 2023 antaranya adalah seperti berikut:
1) Kuliah zuhur bertajuk : Peribadi Rasulullah S.A.W. Ikon Integriti,
2) Explorace Integrity: Around Me (I’AM)
3) ceramah sentuhan integriti
Semasa majlis pelancaran MIKSP 2023 tersebut, IIM turut membuat edaran Roll-Up Bunting kepada semua 20 Bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks Setia Perdana dalam usaha pembudayaan integriti selaras dengan hasrat IIM iaitu “komited membudayakan integriti”.
Ikrar Integriti Malaysia yang telah dibangunkan IIM juga turut dibacakan semasa majlis pelancaran MIKSP 2023 yang mana telah dihadiri oleh 20 Bahagian di JPM.





