Institut Integriti Malaysia (IIM) memenuhi undangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Kedah untuk melaksanakan program “Integriti dan Akauntabiliti” berteraskan prinsip Do The Right Thing bagi siri Integrity Awareness Programme (IAP) tahun 2023 pada 28 Februari 2023.
Program telah dikendalikan oleh Puan Zarina Mohamad Amin, Konsultan Kanan, Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.
Kursus ini bermatlamat memperkasakan kefahaman serta penghayatan warga kerja LHDNM Negeri Kedah terhadap tanggungjawab dan akauntabiliti mereka sebagai penjawat awam disamping membudayakan nilai etika dan integriti dalam organisasi.
Program telah dihadiri 40 warga kerja LHDNM dari cawangan sekitar Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah.
