Institut Integriti Malaysia (IIM) memenuhi jemputan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Perlis untuk melaksanakan program “Integriti dan Akauntabiliti” berteraskan “Do The Right Thing” dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) bagi siri Integrity Awareness Programme (IAP) tahun 2023 pada 2 Mac 2023.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan nilai-nilai integriti dan etika kerja di samping meningkatkan kefahaman serta penghayatan warga kerja LHDNM Negeri Perlis terhadap tanggungjawab dan akauntabiliti mereka sebagai penjawat awam.
Program telah dihadiri seramai 40 warga kerja LHDNM dari cawangan Kangar. Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Zarina Mohamad Amin, Konsultan Kanan, Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.
