YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Program Induksi Pegawai Baharu IIM melibatkan sembilan (9) pegawai daripada pelbagai kumpulan perkhidmatan pada 29 Ogos 2022 di Bilik Bijaksana, IIM.

Dalam program tersebut, KPE telah menasihati warga kerja baharu IIM untuk sentiasa mengamalkan sifat integriti dalam melaksanakan tugas harian serta melakukan anjakan paradigma bagi bersama-sama IIM membangunkan agenda integriti nasional.

Seluruh warga kerja baharu IIM turut membacakan Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen mereka untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.