Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan program Explorace Integrity “Integrity: Around Me” pada 25 Oktober 2023 bertempat di Kompleks Setia Perdana (KSP) Putrajaya. Program ini adalah salah satu pengisian dari aktiviti sepanjang Minggu Integriti Kompleks Setia Perdana (MIKSP).

Sebanyak 20 buah kumpulan yang terdiri dari pelbagai jabatan dan agensi yang berada di KSP telah menjadi peserta dalam cabaran program ini.

Pelbagai aktiviti, permainan dan soalan cabaran minda telah disediakan di setiap checkpoint dengan tema khusus menjurus kepada semangat berpasukan, penghayatan kepada nilai integriti dalam menjalankan tugasan serta kecekapan menyelesaikan masalah secara bersama.

Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman dan disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang.