Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) telah mengadakan Program“Executive Talk” : Cabaran Menghadapi Section 17 (A) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13 Disember yang lalu. Program ini telah berlangsung di Dewan Auditorium INTEGRITI dan menyaksikan seramai lebih kurang 60 orang peserta.
Program ini adalah program khas tertutup jemputan bersama pesara SPRM dan Certified Integriti Officer (CeIO).Ia merupakan platform perkongsian ilmu, pengalaman, pendekatan dan bagaimana instrumen-instrumen yang sesuai yang boleh diguna pakai dalam membantu memperkukuhkan pengurusan integriti, governans dan pengamalan terbaik dalam menangani rasuah.
Perjalanan program tersebut dimulakan dengan Sesi 1 iaitu Taklimat Pelan Antirasuah Organisasi(OACP) dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) oleh Pn. Shamina Ali, Timbalan Pengarah (Penyelarasan) Bahagian Penyelidikan Anti-Rasuah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).
Sesi 2 pula merupakan Taklimat Seksyen 17 (A) Oleh : YBhg. Datuk Paduka Muhammad Juanda Abdul Rashid, Pegawai Tugas Tugas Khas, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) dan Sesi 3 dan terakhir pula memperlihatka Taklimat Corruption Risk Management oleh Encik Teh Chau Chin, Risk Management Consultant.