Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan sebagai ahli panel bagi Program Executive Talk For Non Executive Bil. 2/2022 anjuran Akademi Percukaian Malaysia pada 27 Julai 2022.

Sesi forum yang dijalankan secara atas talian ini telah disertai seramai 63 orang pegawai-pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh Malaysia. Antara aspek yang telah dibincangkan termasuklah berkaitan Integriti, etika kerja dan juga pencegahan rasuah. Para peserta juga telah didedahkan dengan peranan warga LHDNM dalam memastikan pembudayaan integriti dan anti rasuah dapat di diterap dan diamalkan dengan lebih berkesan.

IIM telah diwakili oleh En. Fison Hamdi bin Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus sebagai salah seorang ahli panel forum disamping Tuan PsK Che Azmin bin Che Soh, Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan En. Nor Azam Mohamad, Timbalan Pengarah, Jabatan Integriti & Pengurusan Risiko LHDNM.