Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Program “Ethics & Integrity” secara maya kepada kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 19 Julai 2022.
Program telah dihadiri seramai 141 orang peserta dari Kumpulan Sokongan & Pengurusan dalam program latihan intervensi bagi meningkatkan etika & integriti di tempat kerja. Sesi telah disampaikan oleh Konsultan IIM, En. Suhaimi Mohd Noh.



