Institut Integriti Malaysia telah melaksanakan Program “Do The Right Thing (DTRT)” secara maya kepada kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada 21 Jun 2022.
Program yang dihadiri seramai 170 orang peserta ini merupakan program latihan intervensi bagi meningkatkan budaya antirasuah dan integriti dalam sektor awam dan swasta serta memberi pendedahan, pemahaman, serta pengukuhan nilai-nilai murni dan etika di tempat kerja.
Sesi telah disampaikan oleh konsultan IIM, En Suhaimi bin Mohd Noh dan En Umar Chong Bin Shafie.

