Seksyen Sumber Manusia Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Program Corporate Personality Grooming dan Transformational Culture Leadership pada 8-9 Ogos 2022 bertempat di Dewan Murni, IIM.

Program yang dihadiri oleh pegawai kanan IIM ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pengurusan imej, keterampilan diri dan personaliti semasa bertugas. Program ini juga secara langsung membantu para pegawai kanan IIM meningkatkan kredibiliti, keyakinan dan tahap profesional mereka.