YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput sebagai tetamu undangan bagi Program Coffee Talk MBSJ SIRI 40/23 dengan membawakan topik “Peranan Institut Integriti Malaysia” pada 10 Oktober 2023.
Antara yang dikongsikan termasuklah usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh IIM menerusi program-program latihan dan advokasi integriti meliputi setiap peringkat masyarakat. Beliau turut berkongsi tentang promosi program yang bakal dijalankan sepanjang sambutan Bulan Integriti Nasional pada November ini seiring dengan harapan YAB PM untuk membudayakan nilai-nilai integriti di negara.
Program ini boleh ditonton semula melalui https://fb.watch/nAO0xhc1j-/?mibextid=hubsqH




