Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (SPSM), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan program Bicara Ilmu secara maya bertajuk “Faedah PERKESO” dan “Dealing With Stress & Living With COVID-19” untuk seluruh warga IIM pada 18 Mac 2022. Taklimat disampaikan oleh Encik Nazri Bin Mad Amin, Ketua Unit Pendaftaran Majikan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Wilayah Persekutuan dan Encik Cheong Kar Hui (kaunselor) dari Hospital Tung Shin Kuala Lumpur.
Taklimat ini dianjurkan dengan tujuan memberi maklumat terkini mengenai faedah PERKESO dan jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh warga kerja.
Program bicara ilmu tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab yang diajukan oleh warga kerja IIM.

