Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah selamat dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan IIM (KESKIM) pada hari Jumaat, 10 Jun 2022.
Program ini telah dilaksanakan secara atas talian dengan dihadiri oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan warga IIM serta ahli keluarga yang turut bersama-sama mengimarahkan program yang telah dianjurkan.
