YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Pre-Council bagi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) pada 2 November 2023.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Aziz bin Aban, Pengarah Bahagian Pengurusan Governans Nasional (BPGN), SPRM. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pada mesyuarat tersebut YBhg. Datuk Nor Yahati telah membentangkan kertas cadangan Inisiatif Pemerkasaan Pembudayaan Integriti dan Tata Kelola Melalui Pembangunan Pelan Integriti Baharu. Turut hadir pada mesyuarat JAR tersebut ialah En. Izal Arif Zahrudin, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi dan Pn. Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan.


