{:my}cas_july_2016g cas_july_2016hPadat dengan pengisian, program Global Integrity Leadership Course (GIlC) 2016 yang julung kali dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTeGRITI) bermula 23 Julai lalu telah memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada para pesertanya apabila mereka diberi peluang melawat tapak Projek Pembangunan Integriti oleh Komuniti (CIB) yang terletak di subang Jaya, selangor dan di bandar raya Melaka pada 30 Julai lalu.

Lawatan berkenaan adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman para peserta GIlC berkaitan CIB iaitu projek rintis yang diusahakan oleh INTeGRITI bersama dengan Majlis Perbandaran subang Jaya (MPsJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk mempromosikan integriti dalam kalangan masyarakat.

Dalam lawatan tersebut, para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dibawa berkunjung ke MPsJ. Di sana, para peserta bukan sekadar mendengar ucapan ringkas daripada yang Dipertua MPsJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan, tetapi juga taklimat khas berkaitan CIB di daerah subang Jaya oleh Pengarah Jabatan Pengurusan sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPsJ, Dr. Roslan Mohamed Hussin serta Ahli Majlis Zon 3, en. Cr. Chang Kim long.

Sebaik sahaja sesi berakhir, semua peserta kemudiannya dibawa ke UsJ 11 untuk melihat sendiri kerja-kerja pembersihan parit dan rumput yang sedang dilakukan oleh kontraktor. Ini diikuti pula dengan lawatan ke UsJ 3. Di kawasan berkenaan, para peserta berpeluang bersama-sama dengan pasukan pemantau CIB dan masyarakat setempat menjalankan kerja-kerja pemantauan di samping mengendalikan taman kebun yang ada di situ.

Sementara itu, kumpulan kedua pula telah dibawa ke MBMB. Di sana, taklimat bertajuk ‘Projek CIB Dalam Perspektif MBMB’ telah disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Melaka, Datuk Zainal Hussin. Dalam ucapan beliau, Datuk Zainal meluahkan rasa puas hatinya terhadap perubahan dan pencapaian yang diperoleh oleh bandar raya Melaka. Malah, beliau mahukan CIB terus dilaksanakan di negeri berkenaan. sementara itu, wakil pasukan pemantau CIB, en. Mohd Nizam Zainal Abidin turut berkongsi pengalamannya dengan memberitahu bahawa pasukan pemantaunya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, termasuklah daripada masyarakat tempatan dan kontraktor.

Selesai sahaja taklimat, para peserta dibawa melawat ke dua tapak CIB iaitu Taman Krubong Jaya dan Taman Bukit Cheng bagi menyaksikan sendiri aktiviti- aktiviti pembersihan yang sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh MBM. sepanjang berada di sana, mereka juga didedahkan dengan spesifikasi kerja-kerja pembersihan yang telah ditetapkan oleh MBMB dan juga cara pemantauan dilaksanakan.

Lawatan selama sehari ini nyata memberikan banyak manfaat kepada para peserta GIlC terutamanya apabila mereka berpeluang melihat sendiri dan bertanya terus kepada pasukan pemantau CIB di kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT). Bahkan, pengalaman ini bakal menyemarakkan lagi semangat integriti di kalangan mereka.{:}{:en}cas_july_2016g cas_july_2016h

The Global Integrity Leadership Course (GIlC) 2016 which was organized by the Malaysian Institute of Integrity (INTEGRITI) starting July 23 has provided invaluable experience to the participants when they were given the opportunity to visit the Community Integrity Building project sites which were located in Subang Jaya, Selangor and Malacca on July 30.

The visit was to enhance the knowledge and experience of the participants on the project undertaken by INTEGRITI with the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) and Malacca Historical City Council (MBMB) to promote integrity among the people.

The participants had the opportunity together with the CIB monitoring team and local communities to carry out works in addition to monitoring the gardens.

This one-day visit provides real benefits to the GILC participants especially when they have the opportunity to see for themselves and to ask directly to the CIB monitoring teams.

 {:}