Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan pertemuan dengan YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 1 September 2022.

Perbincangan menjurus kepada pelbagai kerjasama strategik berkaitan integriti dan governans yang boleh dilaksanakan antara IIM dengan FINAS.