YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar, Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini telah menyampaikan Forum bertajuk “Leading Governance With Integrity” dalam Persidangan Integriti Kebangsaan (PiNK) bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

PiNK turut dihadiri oleh YB Dato’ Murshid DiRaja, Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman); YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan pegawai-pegawai penguat kuasa Kerajaan Sarawak.

Antara panel lain yang turut sama dalam penganjuran PiNK termasuklah YBhg. Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM yang membincangkan berkenaan “Investigation Efforts to Combat Grand Corruption and Money Laundering” dan perkongsian daripada YBhg. Tan Sri Abu Kassim Bin Mohamed, Mantan Ketua Pengarah, Pusat Governans Integriti Dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berkenaan “Managing Integrity”.