Sesi perkongsian mengenai Instrumen Penilaian Profil Integriti Individu (IIP) kepada pengurusan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah selesai dilaksanakan pada 6 September 2022.

Perbincangan ini telah dihadiri pihak Pengurusan Bahagian Integriti MRL, En. Ahmad Zaidi dan Pn. Nurhafiza manakala IIM diwakili oleh Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat, En. Mohd Rais Ramli.

Selain itu, IIM juga akan menjalankan beberapa sesi program latihan Ethics & Integrity (E&I) dan Do the Right Thing (DTRT) bagi memperkasa nilai etika kakitangan MRL.