Institut Integriti Malaysia (IIM) telah berkongsi inisiatif pembudayaan Integriti dan cabaran semasa dalam usaha membangunkan Sistem Pengurusan Integriti yang holistik dan sistematik kepada warga kerja Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 29 Ogos 2022.
Sesi ini telah dihadiri oleh 45 orang pegawai pengurusan PMBK.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Tuan Haji Abdul Rashid Mohd Yusoff telah menyatakan hasrat kepada IIM untuk bekerjasama membangunkan OACP serta melaksanakan IIP kepada Pengurusan tertinggi kumpulan PMBK.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan IIM, En. Mohd Rais Ramli.

